Seorang bayi perempuan berusia dua tahun ditemukan meninggal dunia selepas dipercayai tertinggal di dalam kereta di Ara Damansara, di Petaling Jaya pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, pihaknya menerima panggilan ibu mangsa yang berusia 30an menyatakan anaknya tidak sedarkan diri di rumah, pada 3.49 petang.